Pati Mandian Mawar Zeeta (150ml)


RM12.00

SKU: N/A Category:

Description

Pek Mandi Bunga Moden Zeeta. 1pek 150ml Harga RM12/pek..

Mengandungi pati air mawar dari 7 warna. Sesuai di gunakan sebagai siraman terakhir mandi, rendaman badan dan rendaman kaki. Cara penyediaannya mudah dan cepat tanpa perlu tambahan kelopak bunga segar. Kerana ia di hasilkan dari sulingan kelopak mawar dengan mengekalkan keharuman serta segala khasiat & vitamin yang terkandung di dalam setiap kelopak mawar.

CARA PENYEDIAAN
–  Sediakan sebaldi kecil air dalam anggaran 2-3 cebok air.

– Masukkan sepeket pati Mandi Bunga Zeeta.

– Tambah semangkuk kecil ais atau sesejuk yang anda inginkan untuk mendapatkan sensasi sejuk & nyaman.

– Pek Mandi Bunga juga boleh di sejukkan @ di bekukan di dalam peti ais terlebih dahulu sebelum di gunakan. Cara ini lebih mudah & cepat tanpa perlu tambahan ais yang banyak.

☘ AMARAN

❌ Elakkan mendedahkan pek Mandi Bunga dengan panas yang melampau.

❌ Elakkan menyimpan di dalam suhu yang panas melampau seperti meninggalkannya di dalam kereta terlalu lama.

❌ Elakkan mencampur pati Mandi Bunga dengan air panas. Mandi Bunga Zeeta tidak sesuai di gunakan dengan air panas @ di panaskan seperti merebus dalam periuk sauna. Ini akan mematikan segala vitamin & khasiat Mawar tersebut.

☘ SARANAN

– Untuk pengguna baru, di sarankan Mandi Bunga berturut² selama 3, 5 @ 7 hari untuk merawat & memulih Aura serta Energy diri. Juga membuat tubuh dapat menyerap dan merasai segala manfaat Mawar yang terkandung di dalam Mandi Bunga Zeeta.

☘ KELEBIHAN & MANFAAT MANDI BUNGA ZEETA

1. Menangani serta mengurangkan stress dan tekanan perasaan

2. Mengembalikan tenaga yang hilang

3. Membantu merawat dan menangani migrain dan sakit kepala.

4. Melindungi kulit daripada kering.

5. Membantu melembut dan menghaluskan kulit badan

☘ Paling ISTIMEWA adalah :

👉Menampal ‘AURA BOCOR’, merawat serta membesarkan AURA DIRI.

👉Menaikkan SERI WAJAH.

👉 Membantu memulihkan semangat yang telah luntur.

👉 Membantu serlahkan Potensi Diri.

👉 Membantu meningkatkan keyakinan diri.

☘ RAKAMKAN NIAT & DOA

– Bagi pengguna beragama Islam, semasa bancuhan anda boleh bacakan selawat, al-fatihah, doa² khusus seperti surah yusoff ayat 4, doa, hajat dan niat yang baik² untuk penyeri wajah dan sebagainya

– Bagi pengguna bukan beragama islam, anda di sarankan membaca doa dan hajat mengikut agama anda

– Kacau air bancuhan mengikut ‘arah lawan jam’

☘ WAKTU SESUAI UNTUK MANDI BUNGA

– Boleh mandi bila² masa yang anda mahu.

– Tiada specifik waktu untuk anda mandi.

– Pagi – Untuk permulaan hari dengan mood yang ceria dan aura yang positif.

– Petang – Untuk mengembalikan kecerdasan minda dan badan. Untuk dapatkan ketenangan setelah seharian penat bekerja.

– Malam – Untuk merehatkan badan dan minda. Juga membantu untuk dapatkan tidur yang lena dan berkualiti.

 

Additional information

Weight 0.5 kg
size

1 PEK

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pati Mandian Mawar Zeeta (150ml)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *